CERITAKU SEBAGAI PELAJAR ASPER 17 (PART 1)
Bismillah assalamualaikum kepada semua pembaca π
Alhamdulillah masih kuat di ingatan nak menulis blog ni sebab dah lama dah tak buka blog ni hehe
In Shaa Allah, kali ni saya nak cerita tentang pengalaman saya dalam satu tahun pengajian sebagai seorang pelajar Asasi Sains Pertanian di UPM ataupun singkatannya AsPer. Sebelum tu, saya nak ingatkan yang asasi sains pertanian di UPM ni sama sahaja seperti asasi sains di universiti awam yang lain cuma yang membezakan asasi sains pertanian UPM ni adalah subjek tambahan kami iaitu pertanian (agriculture) dalam kursus yang perlu kami ambil.
Untuk mereka yang menyambung pelajaran dalam asasi sains pertanian di UPM, memang WAJIB untuk mereka menyambung ijazah di UPM juga. Namun, jika kos yang ingin disambungnya di UPM tiada, dia hanya boleh menyambung pengajiannya di universiti swasta sahaja dan bukan di universiti awam yang lain sebab asasi sains pertanian ni asasi tertutup hehe. Jadi, untuk awak yang nak masuk AsPer , kena fikir dalam-dalam kos apa yang awak nak ambil masa degree nanti supaya awak tak menyesal sebab nak kena keluarkan duit yang lebih untuk sambung pengajian di universiti swasta.
PART 1 : KENALI APA ITU ASPER ?
Asper adalah singkatan bagi Asasi Sains Pertanian yang menjadi satu-satunya program asasi yang ada di UPM. Awak semua jangan hairan bila ada dua perkataan "sains pertanian". Tidak semestinya dua perkataan itu bermaksud pelajar yang menyambung ASPER ini hanya akan dapat menyambung ijazah dalam bidang pertanian sahaja. Tidak sama sekali ya. Dari program ASPER ini, pelajar dapat menyambung pelbagai kos ijazah yang ada di UPM. Paling menarik lagi, pelajar yang menyambung program ASPER ini juga sebenarnya mempunyai banyak kelebihan. Salah satu daripadanya pelajar ASPER ada kuota yang tersendiri jika ingin menyambung mana-mana kos ijazah di UPM. Maksudnya, mereka hanya perlu bersaing dengan pelajar ASPER yang lain sahaja untuk mendapatkan kos-kos ijazah di UPM.
Sebagai contoh, kos doktor perubatan di UPM menawarkan kuota 60 orang untuk pelajar ASPER dan selebihnya 40 orang pula diambil melalui pelajar yang memohon untuk kos tersebut melalui UPU yang merangkumi ramai pelajar dari matrik, asasi universiti awam yang lain dan pelajar STPM. Kiranya mereka lebih banyak saingan berbanding pelajar yang menyambung program ASPER di UPM. Menarik kan ?
Seterusnya, program ASPER juga mempunyai dua semester pengajian dan terdapat enam subjek yang perlu diambil oleh pelajar. Antaranya ialah :-
- Biology
- Physics
- English (BBI)
- Agriculture
- Chemistry
- Mathematics
Comments
Post a Comment