Pengalaman menghadapi ujian CT SCAN. CECT THORAX

Assalamualaikum semua! Hai!
So, hari ni saya nak cerita sikit pengalaman saya buat ujian CT Scan.
Ha, actually saya tulis blog ni waktu malam lepas buat ujian CT Scan.
Tak semua orang pernah rasa ujian ni but 
saya rasa kita kena jaga kesihatan betul tak? kesihatan tu kan penting kalau tak macam mana kita nak beribadah? nak jalani kehidupan seharian kan?
Eh, membebel pula😂 mari kita teruskan penceritaan saya.

1.Apa itu CT Scan?

Okay, CT Scan ni macam x-ray biasa je cuma it's more extensive lah . Radiologi tinggi sikit tapi tak ambil masa yang lama pun untuk buat ujian tu . Tu pengalaman saya tapi kalau orang lain saya tak tahu sebab berbeza pengalaman setiap orang.

2.Apa jenis ujian CT Scan yang saya buat?

 Ha, saya buat ujian CT Scan untuk bahagian dada sebenarnya.Kenapa? sebab doktor nak diagnosis dengan lebih tept tentang tompok putih yang ada dalam 
x-ray peparu saya sebelum ni.Mula-mula, saya sebanarnya disyaki ada TB tapi lepas buat ujian semua macam ujian darah, kahak, mantoux (yang cucuk2 tu) semua OKAY! tak ada masalah . Oleh sebab itu, doktor pun buat ujian CT Scan untuk saya.

3.Orang muda bahaya tak buat ujian CT  
Scan?

To be honest, Saya tak tahu sangat pasal ni tapi korang boleh pergi laman web bahagian kesihatan untuk further detail hehe. Cuma masa saya nak buat ujian CT Scan tu, doktor suruh x-ray dulu untuk pastikan masih ada lagi ke tak kesan tompokan pada paru-paru saya.Kenapa? sebba doktor taknak budak macam saya ni terdedah awal kepada sinaran gama.
Basically,.CT Scan ni more to sinaran gama mengikut apa yang saya belajar dalam subjek Fizik lah😂 Sinaran gama ni bahaya so, sebab tu doktor kalau boleh nak pastikan betul-betul dulu.
Doktor ada kata juga yang ujian ni kemungkinan ada effect pada kidney tapi jarang berlaku.Just don't worry okay.

4.Buat Ujian CT Scan kena puasa ke?

Yes! kena puasa! kena makan ubat yang banyak jugak! fuh penat tekak nak menelan😂 Contoh, kalau awak buat ujian tu pukul 8 pagi, maksudnya malam sebelum tu awak kena puasa start pukul 8 malam kiranya 12 jam sebelum ujian CT Scan tu.
Untuk yang ada asma atau alergi, Saya rasa korang mesti diberi ubat yang banyak.Kalau macam saya, kena makan ubat 16 biji🌚 ha yang ni kena makan masa pukul 8 malam yang korang start puasa tu dan 2 jam sebelum buat ujian tu.
Based on my experience, memang susah nak makan ubat. Panadol pun tak tertelan hurmm.

 Ha, nilah ubat yang saya kena makan tu!

5.Sakit tak ujian CT Scan?

Sakit ke tidak, tu bergantung pada masing2 . Kalau daya tahan awak kuat, In Shaa Allah kurang rasa sakit.Tapi, for me it's quite sakit lah😂 Sebelum nak masuk bilik tu, Ada nurse panggil untuk pasang branula. Pastu, dia masukkan satu picagari ubat.Tak sakit pun sebenarnya rasa macam kena ambil darah.

Bila nama kena panggil, Saya terus masuk bilik CT Scan tu.pastu doktor radologi tu tanya
"awak ada pakai apa2 besi tak?".
Maksud dia, besi macam anting2 ke or something else yang berasaskan besi macam pin tudung, zip semua tulah.

Kenapa pulak tak boleh pakai besi? 
Ha, saya adalah belajar pasal sinaran radioaktif, yang sinaran tu boleh dipesongkan ataupun memberi kesan pada hasil ujian tu nanti.Tapi, saya pun tak pasti betul ke tak, kalau nak further detail boleh search kat laman web yang berkaitan ya!

Masa nak masuk terowong tulah part yang tak boleh lupa sebab ada doktor radologi tu masukkan ubat dalam branula tu!
Sakit sangat! tapi tahan je sebab dia kata jangan gerak. Nanti, badan akan rasa panas mula-mula tapi Iama- lama okay tak ada apa2.
lepas tu tukar baju balik sebab masa nak buat ujian tu kena pakai baju khas dia😂lupa nak bagitahu.

6.Apa kesimpulannya?

For me, it's better if we keep our health in a good way. Macam saya cakap tadi, kesihatan tu penting! Tapi, kalau Allah takdirkan kita sakit, anggap je itu satu ujian sebab Allah sayang❤️ 
Allah uji sebab kau mampu! 
Allah sayang kau!
Okay? In Shaa Allah semua Allah permudahkan.

Okay, itu saja kisah yang saya ingin kongsikan.
I love to write about myself instead of telling it to the people😅
Semoga Allah beri kesihatan yang berpanjangan untuk sesiapan sahaja yang baca blog ni❤️ Boleh comment jika ingin bertanya apa-apa☺️ Assalamualaikum bye!!








Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN OGDS