PENGALAMAN OGDS

    Assalamualaikum halu ! okay ni entri saya yang ketiga selepas cerita saya pasal keputusan ujian CT Scan . Jadi untuk penceritaan kali ni pula , saya nak cerita pasal pengalaman ujian OGDS ( Oesophagogastroduodenoscopy )

Sebenarnya , lepas saya hadiri appointment kat Klinik Pembedahan Am , doktor cakap nak buat dua ujian iaitu OGDS dan Barium Swallow sebab my surgery tak boleh buat di hospital tersebut atas faktor tertentu.
So, harini saya cuma nak kongsikan pengalaman semasa ujian OGDS je bukan Barium Swallow sekali hehe. To be honest , saya dah melalui ujian OGDS sebanyak tiga kali tapi the first one yang agak mengerikan buat diri ini HAHAHA. Anyway , let me use "aku" supaya penceritaan ini akan lebih mudah.
Bagi saya guna "aku'' macam kasar sedikit but it's okay. 

[ 30 / 12 / 2019 ]

Itulah tarikh pertama pengalaman aku kena buat ujian OGDS . Aku masih ingat lagi sehari sebelum tu aku ada perlawanan hoki peringkat daerah . Eh sempat lagi cerita pasal hoki .
Pagi-pagi tu macam biasa pergi kaunter pembayaran untuk bayar kos buat ujian tu tapi disebabkan aku masih pelajar sekolah lagi , so guna surat sekolah je atau GL ayah .

Masa masuk unit endoskopi tu memang takut sebab aku seorang je pelajar sekolah dan aku yang paling muda kat situ . Perasaan tu lagi rasa berdebar bila tengok orang yang keluar dari bilik endoskopi lepas buat ujian tu . Mostly , semua berair mata dan pegang perut diorang sebab tak selesa dan buang something kat singki . Aku pun macam " sakit sangat ke weh

Bila nama aku kena panggil , aku pun masuk lah dengan hati yang takut . Firstly , aku masuk nampak dua orang nurse tengah siapkan alatan untuk proses OGDS tu . Then , dia suruh buka tudung sebab takut kena air liur.

Aku pun buka tudung dan hanya pakai skaf sahaja . The funny thing is diorang ketawakan aku .
Muka aku masa tu memang BURN 😂. Biasalah budak sekolah , lagi-lagi sebab aku training hoki . Muka aku berbelang macam pakai topeng . I is redha . End up dia suruh aku pakai balik tudung tu .
Maybe sebab taknak doktor terkejut kot tengok muka aku.

After that , aku pun disuruh untuk baring kat atas katil . Aku kena pakai something kat jari untuk monitor aku punya tekanan darah . Then , nurse sembur something kat tekak aku . Rasa dia pahit sangat dan macam pedas sikit . Semburan tu untuk bagi kebas tekak . Mula-mula aku taknak buka mulut sebab aku suka baca blog dan sehari sebelum tu aku baca kat blog yang orang kata semburan tu pahit HAHAHAH.

Mulut aku kena masuk satu benda untuk mudahkan doktor masukkan scope tu dalam tekak aku.
Aku dapat doktor perempuan masa tu . Aku happy sebab bukan doktor lelaki hehe.
Tibalah saat yang paling tidak boleh dilupakan.

Bila scope tu masuk je dalam mulut aku beberapa saat , aku terus muntah . Aku pun terkejut . Aku tak nangis mula-mula tapi senyum je . Dalam hati aku 
" aduh kenapa muntah pulak ni ".

Aku sendiri tak tahu kenapa aku muntah . Banyak gila aku muntah sampai doktor tu keluarkan balik scope tu bagi aku muntah dulu . Aku rasa bersalah sangat and minta maaf pada doktor tu banyak kali.
Aku disuruh untuk duduk balik sebab nurse nak tukar kain yang penuh muntah tu . Habis tudung aku kena sekali muntah hurmm.

Kali kedua masuk scope , aku muntah lagi . Sampaikan doktor tu keluarkan balik scope tu dan bagi aku muntah dulu . Dia terkejut sebab aku muntah lagi dan dia panggil doktor lain . Kalini yang buat scope aku doktor lelaki . Dia masuk je tanya 
" awak tak puasa eh dik ? "

Aku diam je dan angguk sebab tekak aku kebas dan mulut aku terkunci . Aku rasa bersalah sangat kat doktor. 

Actually , aku puasa malam sebelum tu . Aku puasa awal dan lebih dari masa yang ditetapkan . Bila doktor lelaki tu masukkan balik scope tu dalam mulut aku , aku masih muntah sikit tapi tak banyak macam sebelum tu . Tak silap aku doktor tu tanya kawan dia apa diagnosis aku . Bila dia dapat tahu aku ada masalah " ACHALASIA " terus dia cakap set up ujian Barium Swallow . Tapi ujian tu sememangnya dah ditetapkan masa first appointment aku.

Seriously , aku rasa sangat tak selesa . Rasa macam perut kena rodok dengan something .
Air mata aku nak mengalir tapi aku tahan je. Doktor yang first buat scope kat aku asyik cakap kesian kat aku .

After dah habis ujian tu , aku bangun then cakap maaf kat doktor sebab susahkan . Aku muntah sampai susahkan orang lain😭 . Aku nangis time tu . Doktor tanya 
" eh kenapa awak nangis doktor tak marah awak pun lah

Aku terus pergi tandas nangis dan ambil tisu bersihkan tudung aku yang ada muntah tu erkk .
Sampaikan aku tak perasan ada pakcik tengah tengok aku dari luar tandas . Sebabnya aku just pergi singki je bersihkan apa yang patut . Mata aku merah sebab nangis HAHAHAHAH .

So , conclusion nya doktor bagitahu pada mak aku yang aku kena buat pembedahan cepat . Sebab masalah aku ni boleh jadi lebih serius .

Jadi mesti ada yang tertanya why saya muntah? Ianya disebabkan masalah Achalasia saya tulah yang mengakibatkan makanan yang saya makan terkumpul dalam esofagus . Jadi, bila scope tu masuk kat tekak automatically makanan yang terkumpul dalam esofagus tu keluar .

Okay, sampai situ sahaja pengalaman saya buat ujian OGDS . Semoga sesiapa yang membaca blog ini diberikan kesihatan yang berpanjangan Aamiin❤️

Sekian , Assalamualaikum .






Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman menghadapi ujian CT SCAN. CECT THORAX