PENGALAMAN UJIAN MANOMETRY
Assalamualaikum halu ! semoga orang yang baca blog ni diberikan kesihatan yang baik .
Jadi , ini entri kelima saya selepas entri tentang pengalaman saya menjalani ujian Barium Swallow .
Sesiapa yang tak baca lagi , you guys boleh baca okay . Hehehehe
Untuk kalini , saya nak cerita pengalaman saya menjalani ujian Manometry di Hospital Sungai Buloh .
Ujian manometry tu apa? Kalau ada yang tak tahu , korang boleh search kat pakcik google sebab dalam blog ni saya hanya akan cerita secara ringkas apa yang saya faham tentang ujian manometry ni ya!
Ujian manometry bertujuan untuk mengukur kadar kebolehan fungsi esofagus
kita . Overall , dalam ujian ni pengukuran fungsi esofagus kita berdasarkan dua perkara iaitu:-
- IRP (Integrated Relaxation Pressure)
- LESP (Lower Esophageal Sphincter Pressure)
IRP adalah lebih kurang boleh dikatakan kebolehan Esophageal Junction kita untuk relax . LESP ni pengkuran tekanan pada hujung bawah esofagus kita yang nak masuk ke perut . Kiranya , manometry ni boleh dikatakan sebagai prosedur yang perlu dilakukan untuk mengenal pasti keadaan esofagus sama ada berfungsi dengan baik atau tak . Ada peristalsis ke tidak dan sebagainya .
Actually , sebenarnya saya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah JB untuk mendapatkan rawatan selanjutnya . Maka, my doktor set up kan untuk saya manometry appointment at Sungai Buloh .
Kiranya macam jalan jauh macam tulah . Let's throwback !
[ 20 / 2 / 2020 ]
Tarikh ni di mana saya akan menjalani ujian manometry . Disebabkan saya masih pelajar sekolah dan di bawah umur , so mak say temankan sekali . Jadinya dalam ambulans tu ada saya , mak , akak jururawat pastu dengan dua orang pemandu kat bahagian hadapan . Tak silap awal betul gerak dalam pukul 6.30 pagi. Yelah sebab Sungai Buloh kan jauh.
Tu first time lah naik ambulans ahaha . Teruja juga diri ini . Ditambah pula dengan aircond sejuk sangat sampaikan tertidur .
Sampai je kat HSB tu , speechless sekejap sebab hospital dia ada eskalator ! lepas tu kemudahan dia macam canggih seiring dengan 2020 ceh . After that , ikut akak jururawat pergi kaunter pendaftaran . Lepas dah daftar semua tu terus pergi bahagian day care unit Endoskopi . Sejuknya ya ampun usah dibilang sebab memang sejuk sangat ! . Kat situ tak banyak sangat katil sebab unit endoskopi tu basically untuk yang buat scope . Lupa nak cakap yang ujian Manometry tu boleh dikatakan sama macam scope tapi beza sikit .
Lepas tu , masuk je jumpa dengan nurse dengan HO ( Houseman ) kat situ . Diorang yang jaga kaunter . Diorang dah tahu akan ada patient dari JB sebab doktor saya sendiri yang booking ujian tu kot .
Heheh tak tahulah kita.
Maka , doktor pun suruh saya baring di katil yang bersebelahan dengan seorang makcik . So, dia terangkanlah yang ujian ni macam mana psosedur dia. Dia juga kata ujian ni ada bagi sedation . Sedation tu ubat tidur . Hati ini sudah lega mendengarkannya TAPI sebaliknya yang berlaku hurmm .
Bila tengok makcik kat sebelah macam takut je , saya dah macam cuak jugalah . Mostly semua patient kat situ pakai NG tube
( Nasogastric tube ) . Tiub ni yang biasanya patient pakai kat hidung sampai perut .
Saya pun pakai juga😂
After a few minutes , ada jururawat datang pakai apron plastik tolak katil saya sampai ke bilik ujian endoskopi . Makin sejuk jadinya ahahaha .
Sebelum start tu ada seorang jururawat lelaki dia kata " adik jangan takut sebab kitorang just nak tengok adik telan macam mana , nanti kitorang just mintak adik telan air je " . Dengar macam tu lega la juga.
At the same time , dengar ada makcik kat sebelah tengah buat OGDS kot . Terbatuk dia. Kesian pulak dengar sebab dia ada asma kan. Beberapa minit kemudian , datanglah dua tiga endoscopist atau jururawat bahagian unit endoskopi tu ke bilik ujian saya .
First of all , diorang kata nak cabut NG tube yang saya pakai tu then masukkan tiub khas untuk ujian manometry tu. Seram jugaklah bila dengar . Dahlah kita seorang je perempuan yang lain semua lelaki . Nasib baiklah diorang jenis yang sporting dan kurang sikit rasa takut tu.
Masa dia tarik NG tube tu , perghh tak tahulah nak kata sakit ke tak tapi memang tak selesa . Air mata keluar sikit HAHAHA . Rasa lega yang amat bila tiub tu keluar . Air liur dapat turun kalau tak masa pakai benda tu rasa macam air liur nak keluar 😟 tapi tak boleh . Sakit . Everytime kena pergi singki.
( Contoh gambar NG Tube masuk dalam hidung sampai perut )
Lepas tu , barulah tiub khas utk ujian manometry tu dimasukkan . Part ni memang menjadi perkara trauma buat saya sampai sekarang . Masa tu diorang nak bagi saya ubat kebas kat hidung supaya hidung tak sakit but bila saya kata saya ada asma diorang tak jadi nak bagi 😂
Terpaksalah tahan tiub tu masuk kena tolak tolak dan tolak sampai masuk perut .
Air mata of course keluar ya . Sampai abang jururawat tu kata "nangis ke dik " . Hati perempuan kan . Kita ni dahlah cengeng hehehe .Tak nangis pun cuma bila tiub tu masuk memang tak selesa sangat .
Then , baru telan air sebanyak 10 kali .
Contohnya , diorang suruh saya simpan air dalam mulut dulu pastu telan bila disuruh telan dengan satu kali telan tak boleh lebih atau telan sikit-sikit . Memang tak boleh okay sebab nanti keputusan manometry tu tak tepat especially bila ujian tu dipantau pada satu skrin .
Pastu isi lagi air dalam mulut , simpan dulu and telan bila disuruh telan dengan satu kali telan SAHAJA .
Lepas dah habis sampai 10 kali . Barulah diorang panggil surgeon ataupun specialist diorang .
After that , bila dah habis semua tu , masa untuk cabut tiub manometry daripada hidung . Part ni juga menyeramkan dan bila saya kata saya takut . Diorang kata "tak yah takut dik . Adik tarik nafas dan hembus ikut hidung kuat-kuat dan time tu kitorang tarik tiub ni. Jadi tak sakit . kalau buat slow sakit nanti "
I truly believe kalau keluarkan tiub tu dengan slow memang sakit sebab tiub manometry tu macam special sikit dia punya struktur tu ahaha .
( Contoh gambar tiub manometry yang akan dimasukkan sama seperti NG Tube , iaitu dari hidung sampai ke perut )
Okay lepas dah keluar tiub tu then saya perlu menjalani scope lagi sekali untuk mereka masukkan semula NG tube . Ingatkan dah tak perlu pakai dah hehe . Nasib baik ada bagi ubat tidur .
Lepas saya sedar walaupun mamai , saya tetap juga bangun dari katil tu sebab saya memang nak balik HSAJB cepat sebab Doktor saya bagi discharge hari tu. Happy sangat bila dia bagi discharge.
So , saya akan kongsikan keputusan ujian manometry tu dalam blog ni . Manalah tahu kalau ada yang bertanya
" weh , result manometry tu macam mana rupanya?"
Tapi, saya punya result un-official punya report sebab specialist di HSB just hantar keputusannya melalui email terus ke doktor saya di HSAJB . Kiranya macam member lah.
Hehehe
( Ni un-official report , sebab kalau tengok banyak column yang tak bertaip hehe )
( Okay kalau tengok kat sini , saya punya
IRP = 49 mmhg / LESP = 47mmhg )
Jadi , itu saja untuk entri kali ni . Sesiapa yang bakal menjalani ujian manometry , dan korang terbaca blog ni kan , semoga dipermudahkan urusan ujian tu okiess.
Bye ! Assalamualaikum ☺️
Comments
Post a Comment