PENGALAMAN UJIAN BARIUM SWALLOW
Assalamualaikum hai ! Ini entri keempat saya . Jadi part yang seterusnya saya nak cerita pasal pengalaman ujian Barium Swallow.
Kenapa saya kena buat ujian Barium Swallow ? Basically, ujian ni untuk mereka
yang ada masalah menelan or ataupun untuk membuat diagnosis dengan lebih tepat . Common cases yang saya tahu contoh macam Hiatal Hernia , Gastroparesis ke atau Achalasia . Ada juga masalah lain yang memerlukan this test.
Ujian Barium Swallow tu tak sakit pun dan tak ada masalah yang membuatkan kita tidak selesa . Saya tak ingat sama ada those yang kena lalui ujian ni kena puasa atau tidak . Saya rasa ya . Tak silap korang kena telan ubat yang sangat banyak tapi ubat ni untuk mereka yang ada asma . Ubat ni sama macam ubat CT Scan yang saya telan dalam jumlah yang sama . Korang boleh cek entri saya yang pertama sekali ya.
Let's throwback!
{ 2/2/2020 }
Tarikh di mana aku menjalani ujian Barium Swallow . Beberapa hari sebelum tu,
nurse pesan suruh bawa dua keping roti untuk ujian tersebut tapi at the end tak digunakan pun roti tu .
Masuk je bilik ujian tu, semua juru x-ray pakai baju khas diorang . Maybe baju tu supposedly for ujian yang banyak terdedah kepada sinaran x-ray kot.
Masa tu aku diarahkan supaya tukar baju dan pakai baju yang dikhaskan . Tudung juga kena buka . Nasib baiklah semua
juru x-ray tu perempuan 😂 . Hilang sikit rasa malu tu hahahaa.
Nurse bancuh air barium dengan sukatan yang sepatutnya . Aku tengok masa dia bancuh tu kan macam bancuh simen . Serbuk Barium kan sejenis besi . So, no wonder lah macam basuh simen huhu.
Aku kena berdiri atas satu tempat pastu juru x-ray tu arahkan aku supaya minum air Barium tu tapi jangan telan simpan dulu dalam mulut . Telan apabila dia suruh kita telan.
Bila dia suruh telan air tu kan, aku ingat air tu pahit sangat😂 Alhamdulillah rasa dia bolehlah sedap juga macam berpasir sikit tapi aku rasa semua orang yang minum air tu boleh terima. Rasa macam oren pun ada juga.
Lama juga ujian tu sebab aku disurih untuk posing macam model Hahaha . Pusing situlah pusing sinilah . Rasa macam famous pulak. Jokes aside hehe
Kenapa ek agaknya kena posing banyak cara? Sebab doktor nak nampak kita menelan tu normal ke tak dari pelbagai sudut . Contoh macam dari sudut leher, abdomen depan dan dari tepi kita .
Rasanya tu jelah yang saya rasa saya alami ketika itu . Dah lama berlalu tapi masih terngiang di minda seketul gadis ini .
So, kenapa roti tu tak digunakan? Sebab saya telan air Barium tu pun dah ada masalah , takkanlah nak telan roti pulak kan? Of courselah memang akan ada masalah.
Yang air Barium kita telan tu, bila muncul kat x-ray dia jadi warna putih . So, boleh nampak dengan jelas air tu masuk ke perut terus ke tidak atau air tu tersangkut kat mana-mana ke. Lebih mudah untuk doktor nak kenal pasti masalah seseorang itu.
Tapi kan macam mana rupa keputusan ujian Barium Swallow tu eh?
Ha , if ada yang bertanya perkara ni , bawah ni saya dah sertakan contoh keputusan ujian Barium Swallow. Ada dua , satu dalam bentuk filem x-ray dan satu lagi dalam bentuk tulisan (macam CT Scan)
(Contoh Keputusan Barium Swallow berbentuk filem x-ray) See , kita punya cara menelan tu diambil daripada pelbagai sudut.
( Contoh keputusan Ujian Barium Swallow dalam bentuk report )
Jadi itu sahajalah cerita kali ini.
Untuk entri saya yang kedua , pasal keputusan CT scan tu saya ada ubah sedikit di mana saya letakkan contoh keputusan ujian CT Scan yang korang boleh tengok.
"Oh ini ke contoh keputusannyaa"
Bye assalamualaikum !
Comments
Post a Comment