CERITAKU SEBAGAI PELAJAR ASPER 17 (PART 2)
PART 2 : KOLEJ 13 Kolej 13 merupakan satu-satunya kolej yang menjadi tempat menghuni para pelajar asasi. Kolej 13 atau singkatannya K13 terbahagi kepada dua bahagian iaitu K13 A dan K13 B. K13 A menempatkan blok kediaman pelajar lelaki iaitu dari blok A hingga blok D manakala bagi blok kediaman pelajar perempuan pula merangkumi blok E hingga blok H. Untuk K13 B, kedudukanya agak jauh dari blok kediaman K13 A dan hanya mempunyai dua blok kediaman iaitu blok P1 dan P2. Kesemua penghuni di kedua-dua blok tersebut hanya menemptatkan pelajar perempuan sahaja. Setiap blok kediaman mempunyai lima aras dan setiap bilik mempunyai 6 pelajar. Jangan risau ruang bagi satu partition amatlah besar dan almari yang disediakan juga agak besar. Setiap aras juga mempunyai tandas dan bilik mandi yang tersedia. Sedikit rahsia untuk dibocorkan hehe tandas blok F merupakan tandas pilihan para pelajar perempuan kerana suasananya yang agak selesa berbanding tandas-tandas di blok lain. Boleh dikatakan tand...